tab

ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }

Selasa, 3 April 2012

RUPA

Pengenalan
Rupa adalah satu kawasan yang berbeza daripada ruang di sekelilingnya dan bersifat dua dimensi. Rupa juga adalah hasil pertemuan penghujung sesuatu garisan dengan permulaannya atau kawasan yang dibezakan melalui nilai warna dan jalinan.
Rupa boleh dihasilkan daripada garisan, warna dan jalinan.
Jenis-jenis Rupa
Rupa terdiri daripada 2 jenis iaitu:
1. Rupa Geometri
Rupa Geometri ialah rupa yang mempunyai sudut seperti bulatan, tiga segi, empat
segi dan lain-lain rupa yang bersudut.
2. Rupa Organik
Rupa organic merujuk kepada rupa bebas yang tidak dapat diukur sudutnya
seperti rupa daun, rupa orang, rupa ikan dan sebagainya.
C. Rupa Positif dan Rupa Negatif
Rupa positif ialah rupa sesuatu objek yang terletak di dalam satu kawasan tertentu.
Rupa negatif ialah ruang di sekeliling rupa objek tersebut.

D. Rupa dalam Aktiviti Mencorak
Rupa boleh berubah dan mewujudkan rupa yang lain dengan cara tindanan, tambahan atau luakan ( pengurangan ).
Rupa dalam aktiviti mencorak, merupakan susunan rupa yang berulang-ulang dengan jarak dan kedudukan tertentu.
Rupa akan menghasilkan kesan corak daripada perlawanan rupa positif dengan rupa negatif.
Hasilan corak akan lebih menarik apabila rpa disusun berulang-ulang dalam susunan tertentu.

Jenis-jenis Susunan dalam Mencorak
1. susunan selang-seli
2. Susunan turun separa
3. Susunan batu-bata
4. Susunan orgee
5. susunan cerminan
6. Susunan sisik ikan

E. Rupa dan Lambang

Rupa boleh diolah menjadi lambing atau symbol kepada sesebuah syarikat, persatuan dan pertubuhan.Rupa juga boleh menjadi jenama kepada sesuatu barangan.

F. Rupa dan Muka Taip

Muka taip ialah jenis-jenis rupa berbentuk huruf.
Rupa muka taip boleh menghasilkan pelbagai gaya.
Rupa muka taip boleh terdiri daripada muka taip serif ( berekor ) dan san serif
( tidak berekor ). 

Contoh - Contoh Rupa:




Contoh garisan yang bersambung:


Menbentuk satu rupa:

Contoh rupa negatif:

Contoh rupa muka taip:

Contoh rupa muka taip





Contoh karya hasil dari rupa muka taip:


GARISAN

GARISAN

Pengenalan

Garisan adalah kesan titik yang bergerak dihasilkan dengan menggunakan sesuatu alat atau media yang bermula daripada satu titik permulaan (starting point) merentasi sesuatu kawasan. Garisan dilihat kerana ianya kontra dengan nilai disekelilingnya.
Jenis² Garisan
Jenis-jenis garisan boleh dikelaskan berdasarkan penggunaan bahan atau teknik yg menentukan rupa bentuk dan sifatnya.
Contohnya, pen marker akan memberikan garisan tebal, pen memberikan kesan garisan halus manakala berus dan dakwat memberi kesan garisan kasar.
· Garisan Tebal
· Garisan kasar
· Garisan nipis
· Garisan berlingkar
· Garisan berbulu
· Garisan pancaran
· Garisan beralun
· Garisan zig-zag
· Garisan Putus-putus

C. Garisan pada Alam Sekeliling
Garisan juga wujud pada objek alam sekeliling dan objek buatan manusia dalam rupa garisan yang tersembunyi di sebalik bentuk asalnya.

Pokok(garisan tebal) – ranting pokok( garisan kasar) – Urat daun(garisan nipis)
Titik hujan(garisan putus-putus) - Cendawan ( garisan pancaran )
Benang ( garisan berbulu) – Jejari roda basikal( grisan pancaran ) – Racun nyamuk ( garisan berlingkar) – Garisan pembahagi jalanraya(garisan putus-putus)

D. Kedudukan Garisan dapat menimbulkan pelbagai Kesan Perasaan
1. Garisan melintang -Memberi gambaran tenang
2. Garisan pepenjuru - memberi gambaran pergerakan
3. Garisan tegak - memberi gambaran teguh dan stabil
4. Garisan pancaran - memberi gambaran bertenaga

E. Garisan Pergerakan
Garisan dapat mencipta pergerakan ilusi dengan menghasilkan garisan berulang-ulang.
-Garisan berlingkar - Garisan beralun -Garisan bergetar

F. Garisan untuk menimbulkan Bentuk
Garisan juga berupaya menimbulkan bentuk dengan menggunakan ton garisan.
Garisan yang rapat menimbulkan ton gelap manakala garisan yang berjarak atau jarang menimbulkan ton cerah.

Contoh - contoh Garisan